Persahabatan
oleh : Kahlil Gibran
Dan seorang
remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia
menjawab:
Sahabat
adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah
ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa
terima
kasih.
Dan dia
pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau
menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia
berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata
“Tidak” di
kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
dalam
persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan
dikongsi,
dengan
kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala
berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang
paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam
ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada
tanah ngarai
dataran.
Dan tiada
maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
tetapi
sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan
persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia
harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
membunuh
waktu?
Carilah ia
untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana
dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam
manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam
titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan gairah segar
kehidupan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar